Daftar Clickbank utk buat DUIT PERCUMA

Fix Software....

Thursday, June 18, 2009

Ibu Tunggal Yang Hidup Susah Menukarkan $30 Wang
Simpanannya Kepada Bisnes Gayapos Yang Berjaya!

Kisah yang menjadi kesukaan saya ialah seseorang yang mencapai kejayaan melalui kerja keras dan semangat tidak mengaku kalah.Dan ini adalah salah satu daripadanya…
Nancy Engel dibesarkan dalam sebuah keluarga miskin. Walaupun beliau cukup aktif semasa
disekolah dan mempunyai gaya kepimpinan, beliau tidak dapat melanjutkan pelajarannya kekolej kerana kekurangan sokongan kewangan.

Selepas beberapa tahun hidup tanpa arah tujuan, berkahwin dan mempunyai seorang anak
perempuan, beliau terus bergantung hidup kepada badan kebajikan. Pada tahun 1981, semasa dalam proses penceraian dengan suaminya, beliau terbaca satu rencana dalam majalah Family Circle tentang menjual bahan-bahan rempah daripada rumah.

Beliau menggunakan $30 daripada wang simpananya dan membeli rempah ratus yang bernilai
RM30, mencampurkannya dan diberi label “Italian Spice Mix”. Keesokkannya beliau
8 membawanya kepasar malam dan habis dijual dengan membawa keuntungan $200. Beliau terfikir untuk menjadi kaya!

Beliau membuat pelaburan semula daripada wang tersebut dengan membeli dan membungkus
herba pula dan mengembangkan perniagaannya dengan menjual rempah herba, sabun, dan barangbarang wangian. 4 tahun kemudian beliau telah mampu untuk membeli sebuah rumah untuk menjalankan bisnesnya dan mengupah jiran-jirannya untuk menolong beliau.
Beliau memanggil bisnesnya “The Sunny Window”
Penceraian dan masalah kewangan telah menyebabkan bisnes beliau hampir muflis selepas itu.
Beliau kemudian membuat pinjaman kewangan di Boston untuk memulakan bisnes menjual sabun wangi dan potpourri dari rumah.

Bisnes beliau mula berkembang dan menjana $250,000 setiap tahun.
Kebanggaan beliau ialah telah berjaya untuk menghantar anaknya melanjutkan pelajaran
keuniversiti. Beliau juga bercadang untuk menyambung pelajaran satu hari nanti. Pada tahun 1998, beliau telah dianugerahkan Ahli Perniagaan Wanita Terbaik untuk negeri Massachusetts. Kini beliau menjadi contoh dan jurucakap untuk kaum-kaum wanita.
Jika sesorang boleh menggunan $30 daripada simpannya dan menjalankan satu bisnes yang
berjaya… apa lagi yang menjadi batu penghalang anda?

No comments:

Post a Comment